BAHAN PEMBELAJARAN TING. 4


Akaun Kontra

1) Ialah akaun yang mengurangkan nilai dalam  akaun induknya.

2) Tujuan akaun kontra adalah utk memperoleh  nilai bersih bagi akaun-akaun induk tersebut.

3) Contoh akaun kontra , akaun induk  dankesannya kepada akaun induk :

Carta Akaun

1) Ialah satu senarai Akaun Lejar dengan tajuk dan kodnya.

2) Memberi kod kepada setiap item dlm penyata kewangan mengikut jenis item.

3) Digunakan dlm sistem perakaunan berkomputer.

4) Memudahkan rujukan bagi tujuan merekod urusniaga.

5) Contoh :

Kod
Item
6000
BELANJA
        - 6001
Sewa
        - 6002
Kadarbayaran
        - 6003
Gaji
7000
HASIL
        - 7001
Jualan
     - 7001A
Pulangan Jualan
         -7002
Faedah diterima
         -7003
Sewa diterima

 Inventori

1) Adalah brg dagangan, bahan mentah, barang siap dan brg seperuh siap yang masih belum dijual.

2) 2 sistem perakaunan inventori :

a) Sistem inventori berkala

·         Inventori dinilai secara fizikal pd akhir tempoh perakaunan.

·         Digunakan oleh  kedai barangan runcit yg berharga rendah.

·         A/K inventori hanya dibuka pd akhir tempoh perakaunan.

3) Sistem inventori berterusan

·         Rekod secara terperinci setiap kali urusniaga berlaku iaitu unit inventori dikira secara berterusan

·         Perlu ada kad inventori disediakan.

·         Digunakan oleh firma yang menjual brg niaga yang bernilai tinggi.

 4) 2  kaedah penilaian inventori   : a) MDKD – inventori yg dibeli dahulu dijual dahulu.
                                                    b) MKKD -  inventori yang dibeli kemudian dijual dahulu.





Pengguna Maklumat Perakaunan/Penyata Kewangan




Pengguna
Penerangan

1) Pemilik
- membolehkan pemilik menilai prestasi dan keuntungan perniagaan.

2) Pihak  
    Pengurusan
- membantu dalam membuat keputusan perniagaan yang tepat dan merancang  untuk masa depan

3) Bank dan 
    Pemiutang
- menilai kemampuan perniagaan membayar balik pinjaman atau hutang 
  pada  masa  depan

4) Bakal Pelabur
- ingin menilai dan membanding keberuntungan firma tersebut sebelum  
   membuat  keputusan pelaburan mereka.

5) Kerajaan (JHDN)
- untuk menilai jumlah cukai yang harus dibayar oleh perniagaan

6) Pekerja & Kesatuan Pekerja
- sebagai asas untuk perundingan upah yang lebih tinggi



Ciri-ciri Kualitatif Penyata Kewangan

1. Penyata Kewangan meliputi Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira.

2. Penyata Kewangan harus mempunyai ciri-ciri yang berikut :

    a) Relevan

·         Berguna dlm membuat keputusan  yg tepat dan membuat perancangan masa depan.

     b) Kebolehpercayaan

·         Maklumat adalah benar , bebas daripada kesilapan dan tidak memberikan satu gambaran yang salah.

     c) Kebolehfahaman

·         Merujuk kpd kualiti penyata kewangan iaitu isi kandungan boleh difahami oleh penggunanya.

      d) Kebolehbandingan

·         Perbandingan terhadap prestasi  perniagaan  dpt dibuat antara 2 tempoh masa dan juga antara 2 entiti perniagaan.

·         Merujuk kpd konsep ketekalan --- kaedah yang sama digunakan dalam suatu entiti perniagaan antara 2 tempoh masa dan antara 2 entiti perniagaan.

       e) Tepat masa

·         Maklumat yang relevan dan boleh dipercayai mesti dilaporkan pada masa yang tepat dan pada masa yang diperlukan.



Kod Etika Profesion Perakaunan

1)      Kemahiran &         -  berkelayakan dan berpengetahuan tinggi serta        

 Profesionalisme       berkelakuan secara profesional.

2)      Kebebasan             -  bebas dan kelihatan bebas

                         - tidak terikat kpd mana-mana pihak

3)      Kerahsiaan             - mendedahkan maklumat hanya kepada pihak berkepentingan.

      4)  Objektiviti              - menjalankan tugas dengan adil dan tidak dipengaruhi

           (Keutuhan)                oleh sesiapa. 

      5)  Integriti     - mempunyai ketelusan dan ketulusan serta tidak menunjukkan  berat 

                                sebelah. Mengamalkan urus tadbir yg baik semasa menjalankan  

                                tugas.